(Video) Seramai 680 Orang Warga China Diserbu Ketika Sedang Jalankan Aktiviti Scam


Kalau korang perasan, semalam tersebar video dan gambar-gambar di mana satu serbuan telah dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya. Seramai 680 orang warga China yang sedang giat menjalankan aktiviti scam.

Bagaimanapun, lebih 100 orang suspek turut terlepas dalam serbuan apabila mereka merempuh sekatan yang dilakukan pihak penguatkuasa. Kekecohan dan provokasi turut berlakum tetapi ia berjaya dikawal dengan bantuan JIM Selangor dan JIM Kuala Lumpur.


Bangunan pejabat yang disewa sekitar RM360 sebulan itu ternayata menjadi antara lokasi kumpulan scam adal China dan dipercayai telah beroperasi selama 6 bulan di Cyberjaya.



Sindiket ini memperdaya pelanggan dengan pulangan yang tinggi dan pantas dan segala urusniaga akan dilakukan dengan menggunakan aplikasi WeChat Pay atau bank di China.

Dalam operasi ini seramai 680 warganegara China terdiri daripada 603 lelaki dan 77 wanita yang berusia antara 19 dan 35 tahun ditahan di setiap tingkat yang diserbu di bangunan itu dan sebahagian besar mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pasport. Semua mereka dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian yang berpusat di China yang disyaki telah berjalan lebih kurang enam bulan selain menyasarkan rakyat republik itu. - kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee.


Diharapkan selepas ini lebih banyak lagi lokasi scam di Malaysia dapat ditumpaskan dan diingatkan sekali lagi agar korang semua sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan janji manis yang diberikan pihak dikenali.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media