(Video) 'Nasib baik tak jamah lagi' - Hidang mee segera berulat, restoran ditutup 14 hari


Jijik dan menggelikan! Itulah reaksi netizen pada video viral yang menunjukkan kehadiran ulat dalam hidangan mee yang diberikan kepada pelanggan di sebuah restoran di Seri Manjung baru-baru ini. 

Individu yang memuat naik video itu, Wan Mohd Amirul, 24, berkata, kejadian itu berlaku kepada rakannya pada jam 5 pagi semalam dan menegaskan dia hanya berniat memberi peringatan kepada orang lain agar lebih berhati-hati apabila makan di luar.

"Rasanya mee segera tiada masalah, cuma ulat dari ayam yang dipercayai sudah beberapa hari. Nasib baik dia belum sempat menjamah hidangan itu. 

"Rakan sudah memaklumkan kepada orang kedai berkenaan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga tidak mementingkan kebersihan makanan," katanya memetik laporan dari Harian Metro semalam. 

Tinjauan mendapati, premis tersebut sudah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa selama 14 hari bermula jam 4.30 petang semalam. 



Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati apabila makan di kedai, restoran atau warung. Pastikan ketiga-tiga jenis premis yang dikunjungi itu bersih dan makanannya selamat untuk dimakan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my