Eee tak sabar nak kahwin bila tengok pasangan yang dah halal bersweet, tak kisahlah sama ada di media sosial mahupun depan public. Mana taknya, korang nak tahu tak baru-baru ni ada seorang pengguna dari laman Twitter, @ammnslhn berkongsi sebuah kisah pakcik membeli burger sempena hari jadi isterinya sebab tak sempat nak beli kek.
Gais di luar sana yang dah berkahwin pliss hargai wife korang. Today my schmate keje kedai western got customer umur not sure tapi fizikal tu macam pakcik2 lah. Dia cakap tak sempat nak pergi beli kek so dia oder lah burger utk wife dia. Apa apa pon mata aku masuk habuk malam ni pic.twitter.com/jR2GzyHoZB— Am🕊 (@ammnslhn) November 24, 2019
Alahai! Susah nak dapat husband yang setia dan penyayang macam tu kan? Rata-rata ramai netizen tersentuh bila tengok kisah pakcik tu. Alhamdulillah, semoga pakcik tu berkekalan dengan isterinya hingga ke Jannah. So, korang yang dah berkahwin tu, tolonglah appreciate suami/isteri korang tak kisahlah benda kecil atau besar sekalipun.
Bukan apa, suami/isteri lah yang selalu ada dengan kita time susah dan senang. Segala kekurangan dan keburukan kita hanya pasangan kita je yang tahu. Betul tak gais?
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media