Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyerahkan kepada Perdana Menteri sama ada mahu mengekalkan atau menyingkirkannya dari barisan Kabinet yang dilaporkan bakal dirombak tidak lama lagi.
"Saya sudah berusaha melaksanakan tanggungjawab seperti diamanahkan. Terpulanglah kepada Dr Mahathir sama ada menggugurkan nama saya untuk terus menerajui kementerian atau sebaliknya," katanya.
Menurut laporan media tempatan, nama Mohd Redzuan antara nama yang tersenarai dalam barisan yang bakal digugurkan dari kabinet.
Ahli Parlimen Alor Gajah itu menegaskan, Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk membuat rombakan kabinet dan menteri kabinet tidak boleh mempertikaikan keputusan itu.
"Terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang kekal atau bakal disingkirkan daripada kabinet.
"Sebelum Perdana Menteri memuktamad dan mengumumkan, tanggungjawab seperti diamanah perlu diteruskan," katanya yang juga menasihatkan rakan menteri tidak berkecil hati sekiranya nama mereka digugurkan.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : thereporter.my