Dr Azman meninjau tanaman Projek Kelapa Tebing Tembah. |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, perancangan tersebut telah dimohon supaya dimasukkan ke dalam bajet 2020 yang akan dibentangkan hujung November ini.
Katanya, bantuan yang melibatkan 100 peratus dana kerajaan negeri itu akan diletakkan dalam satu tabung agar ia boleh diurus secara terus kepada mereka yang terkesan tanpa melibatkan banyak prosedur.
“Apa yang kita mahu tonjolkan ialah pengurusan tabung tersebut tidak melibatkan karenah birokrasi yang tinggi.
“Supaya bantuan segera boleh disampaikan terus kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan kita semoga dengan justifikasi beberapa situasi yang melibatkan petani, penternak dan nelayan, kerajaan melihat tabung bencana ini sebagai keutamaan,” ujarnya.
Katanya, cadangan untuk mewujudkan Tabung Bencana Pertanian sudah diusulkan. |
Hadir sama, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang serta Pemangku Pengarah Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh.
Mengulas tentang tanaman kelapa yang turut menjadi keutamaan kerajaan, beliau berkata usaha secara bersepadu akan dijalankan bagi memenuhi pasaran terutamanya di negeri terbabit.
Katanya usaha itu termasuk Projek Tanaman Kelapa Pandan Tebing Tembah di sini yang berada di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu seluas 44 hektar melibatkan 95 orang peserta.
"Industri kelapa di Terengganu mempunyai potensi yang tinggi samada kelapa muda, kelapa santan, air nira dan produk hiliran yang lain seperti manisan, kuih muih, kelapa 'jelly' dan lain-lain.
"Setakat ini kebun dan ladang kelapa di Terengganu hanya mampu menghasilkan 10 juta biji setahun berbanding keperluan sebenar kira-kira 22 juta biji kelapa setahun. Bakinya diimport," tambah beliau.
Sumber: teganukita.net