Sumber Gambar Akaun Instagram Airina Roslan |
Seorang wanita berkongsi satu cerita sedih menerusi akaun Intagram miliknya, Airina Roslan apabila Airina telah kehilangan suami tercinta Muhammad Amirul Ashraf selama-lamanya selepas genap 2 bulan Airina mendirikan rumah tangga bersama suaminya.
Airina menyatakan yang dia tetap akan menyimpan semua memori yang telah mereka lalui bersama selepas mendirikan rumah tangga. Amirul merupakan seorang lelaki yang sangat sempurna buat dirinya dan Airina juga berharap suaminya tidak akan berhenti menyintainya di sana.
Suaminya meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 pagi pada 7 November selepas pengsan ketika bermain futsal. Hari yang sama merupakan genap tarikh mereka mendirikan rumah tangga selama 2 bulan. Punca sebenar suaminya meninggal dunia masih belum diketahui.
Sumber : OHBULAN!
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS
Sumber: Oh! Media