Mama Lan Solo Meninggal Dunia


Innalillahiwainnalillahirojiun...baru-baru ni, Lan Solo memberitahu bahawa ibu saudaranya, Rosiyah Md Ali meninggal dunia pada pukul 6.05 petang semalam akibat serangan strok/left brain damage sejak beberapa hari yang lalu.

Assalamualaikum....daripada Allah kita datang, and kepada Nya kita kembali. Dukacita dimaklumkan bahawa mama Rosiyah Mad Ali telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.05 petang sebentar tadi. Arwah buat masa ni di hospital Serdang lagi dan dalam proses untuk dibawa balik ke rumahnya di Puchong Lot 144B, Lorong Berkat 5, Kg Seri Aman, 47100, Puchong malam ni selepas semua urusan hospital selesai. Akan dikebumikan esok pagi jam 10 di tanah perkuburan Islam Puchong Bt 14. Semoga arwah dikasihi Allah ngan pengampunanNya....Aaamiiinnn....

Menurut post Lan di Instagramnya, @lansolo_official, mamanya (panggilan Lan untuk ibu saudara) telah dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Puchong Batu 14. Sis doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mama Lan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube







Sumber: Oh! Media