Tak semua orang akan suka dengan apa kita buat. Mesti ada haters, lagi-lagi kalau orang yang bergelar artis. Buat salah sikit, mesti kena kecam teruk sampai buat orang tu depression.
Cuba korang tengok kes Sulli. Kesian kan? Fasha Sandha berkata dia sudah berada dalam industri hiburan almost 17 tahun dan orang akan sentiasa bercakap pasalnya.
Tak kiralah kau buat buruk mahupun baik, mesti diorang akan sentiasa cakap pasal kau. Yang penting, mental kena kuat agar tak kena depresi dan abaikan je kata-kata netizen ni.
Saya berada dalam industri hiburan ini hampir 17 tahun, orang memang akan sentiasa bercakap, kita buat perkara buruk orang bercakap, kita buat baik pun orang masih bercakap. Jadi, mental kita harus kuat agar tidak mengalami depresi, isu depresi ini semakin berleluasa sekarang. Selagi sesuatu perkara itu tidak mengaibkan diri kita dan maruah keluarga, lebih baik abaikan sahaja.
Sumber: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media