Ibu kendong bayi baru lahir terhempas ke jalan raya, kain tersangkut di rantai motosikal


Seorang wanita yang masih dalam pantang mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggang suaminya terbabit dalam kemalangan. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 November lalu di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai Labu Kubung, pasangan suami isteri itu kemalangan dipercayai berpunca dari kain si isteri yang tersangkut pada rantai motosikal. 

Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan ke klinik bersama dengan dua anak mereka, untuk mendapatkan rawatan selepas bersalin. 

Menurut Maha Rani, dia yang kebetulan melalui jalan itu ternampak kemalangan tersebut lalu berhenti untuk menghulurkan bantuan. 

"Dalam perjalanan ke koperasi Redang Punggur, sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut di rantai motosikal. 

"Isterinya sedang mengendong anak kecil dan isterinya masih dalam pantang. Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai Labu Kubung. 




"Nasib baik kedua-dua anak mereka tidak mengalami kecederaan. Mnagsa nak pergi klinik, nak buat rawatan selepas bersalin. 

"Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas. Itulah kasihnya ibu, sanggup membiarkan dirinya terhempas demi memastikan anak kecilnya selamat. MasyaAllah," tulisnya di Facebook. 

Orang ramai khususnya penunggang motosikal wanita dinasihatkan tidak memakai pakaian yang berjuntai bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Sumber: Maha Rani


Sumber : thereporter.my