'Crew patah tangan sebab tolong passenger angkat beg kat overhead compartment' - Inilah sebab kenapa pramugari tidak dibenarkan bantu angkat beg penumpang


Sebelum ini, pernah viral di media sosial selebriti atau orang awam yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kru penerbangan yang didakwa enggan membantu mereka mengangkat beg masuk ke ruang penyimpanan di atas kepala. 

Lebih menyedihkan, mereka melabelkan kru terbabit sebagai biadab dan sombong. Malah merakam gambar dan menyebarkannya di media sosial dengan tujuan mengaibkan. 

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat larangan untuk kru kabin berbuat demikian, bukannya sewenang-wenangnya enggan menolak penumpang. 

Berikut perkongsian dari Oked Kama:

CREW dah patah tangan sebab tolong passenger angkat beg kat overhead compartment. Bag itu jatuh dan tangan crew patah. 

Gais, kalau rasa tak boleh angkat sendiri, check in beg itu. Kami TIDAK DIBENARKAN angkat beg korang. 

Berapa ramai crew nak slip disc, patah sana sini, MC lama dan hilang kerja dan selepas itu tak ada gaji sebab passenger yang degil ini? 

Kalau kami offload beg letak dalam cargo, esok keluar email pula passenger complaint itu ini. Allah bagi kita lengkap semua untuk berfikir, korang sendiri tak boleh angkat, so korang expect kami boleh angkat? 

Angkat beg bukan kerja kami, kerja kami untuk make sure korang selamat sepanjang perjalanan. Safety, safety, safety. 

Lagi-lagi tak gentleman suruh kami angkat beg, mummy cakap je excuse me sir, please be a gentleman. Serius la kau suruh perempuan angkat beg? Memang mummy suruh dia keluar dari seat dan angkat sendiri. 

Orang tua, dah tahu tak larat, check in beg tu, jangan dibawa masuk ke kabin. Sama dengan mak yang bawa baby, check in beg itu, okey? 


Mummy memang takkan angkat, sayang diri sendiri hoi, badan nak pakai lama. Tak pernah angkat satu pun beg passenger sebab kalau travel, beg mummy sendiri pun check in. Maksudnya mummy tak larat angkat la. So mummy offload je beg. Kena complaint ke apa ke, kisah pula aku kan. Haha! 

Sumber: Oked Kama


Sumber : thereporter.my