Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia menewaskan pasukan Thailand malam tadi ternyata memberikan petanda yang baik bagi skuad kebangsaan dalam perkawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan juga Piala Asia 2023.
Walaupun misi untuk mencapai kejayaan mutlak masih jauh, tetapi kita tidak dapat menafikan kesungguhan yang ditunjukkan pasukan kebangsaan.
Dikejutkan gol awal pasukan pelawat pada minit ke-7 ternyata tidak memadamkan semangat pemain apabila Brendan Gan berjaya menyamakan kedudukan hasil lorongan cantik rakan sepasukan.
Pada babak kedua, pasukan Malaysia terus mengekalkan rentak permainan dan berjaya menghasilkan gol kemenangan melalui sepakan deras Sumareh yang berakhir dengan skor 2-1.
Perlawanan malam tadi juga, menjadikan Brendan Gan sebagai Man Of The Match dan rata-rata peminat bola sepak tanah air bersetuju dengan keputusan itu.
Pada siaran langsung malam tadi juga, pengulas ada menyatakan yang sebenarnya Brendan baru sahaja menerima kelahiran anak sulungnya seminggu yang lalu.
Dalam pada itu, Brendan Gan juga telah kembali ke Malaysia dari Sydney, Australia walaupun baru 2 hari bersama anaknya dan nampaknya pengorbanan itu sangat berbaloi.
Untuk pengetahuan korang, Brendan Gan adalah berdarah kacukan Malaysia dan Australia tetapi dibesarkan Australia sebelum kembali ke Malaysia bagi membantu pasukan negara.
Pasukan Malaysia akan bertemu semula Indonesia bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia ini di Stadium keramat itu pada selasa depan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media