'Bila rumah dipecah masuk, lari ke dapur kerana di situ ada banyak senjata maut' - Pakar kongsi 5 langkah untuk perempuan tangani situasi cemas


Kes jenayah semakin hari semakin membimbangkan. Wanita, antara mangsa utama yang dijadikan buruan penjenayah. Tanpa mengira waktu dan ketika, mangsa diperlakukan tanpa belas kasihan.

Bagi membedung perkara ini dari terus berlaku, wanita perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Selain daripada seni pertahanan diri, wanita juga perlu mengetahui beberapa persediaan kecemasan apabila berdepan dengan penjenayah.


SITUASI 1

Seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam. Dia seorang diri, tiba-tiba da seorang lelaki tak dikenali nak naik sama. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2

Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu seorang je kat rumah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Lari ke dapur! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada!

Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa bunyi yang kuat dan bising adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!


SITUASI 3

Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Ubah haluan! Ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, sama ada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. 

Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. 

Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?! Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4

Katakanlah kan baru sampai dari KL ke JB. Waktu tu dah malam. Call boypren tak angkat, famili takde kereta nak ambik. So terpaksa ler naik teksi. Tengok muka driver teksi tu semacam jek. Teksi lain takde dah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang.

Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon.

Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.


SITUASI 5

Oklah. dah amek nombor plate teksi, nama pemandu pun dah catat, buat-buat call family pun dah. Tapi driver teksi tu buat hal juga! Dia tukar direction ke arah lain. Nak masuk jalan hutan kot! Apa nak buat? 

Jawapan Pakar: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat, dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

p/s : Sebarkan! Share kepada wanita yang anda sayangi.

*Sebelum keluar rumah, baca ayat kursi. InsyaAllah akan ada 70,000 malaikat yang akan melindungi perjalanan kita. 

Sumber: HanafiEzu


Sumber : thereporter.my