Mat Jaafar (duduk) terharu dengan keprihatinan semua pihak. |
Oleh : Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU, 7 November – Beban yang ditanggung Pesara Tentera, Mat Jaafar Ngah akhirnya terlerai apabila bantuan kerusi roda telah disampaikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, di sini semalam.
Mat Jaafar yang menetap di Kampung Mengabang Tengah sangat terharu atas sumbangan dan keprihatinan semua pihak.
Katanya, kesusahan dan kepayahan yang ditanggung selepas disahkan lumpuh separuh badan sejak sekian lama akhirnya menemui titik noktah.
“Dengan bantuan yang diberikan dapat membantu serba sedikit kehidupan seharian saya dengan adanya kerusi roda ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual pemberita dalam Lawatan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu ke DUN Batu Buruk.
Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Syed Ali Muhiyuddin Syed Aluwi yang turut hadir berkata, sumbangan tersebut turut akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa.
"Alhamdulillah kita berharap program seperti dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak," tambah beliau.
Sumber: teganukita.net