Korang tahu tak baru-baru ni YouTubers famous dari Korea, Blimey telah datang ke Malaysia semata-mata nak mencuba pelbagai perisa bubble tea yang ada dan akan pilih yang mana satu jadi kegemaran mereka.
Sekarang dekat Malaysia kalau cerita tentang minuman, mesti semua orang akan cerita tentang keenakan bubble tea, ada macam-macam brand yang timbul sekarang dan dah tentu outlet-outlet bubble tea ni sentiasa je penuh, beratur sampai tak ingat dunia.
Trend minum bubble tea ni bukan saja berlaku dekat Malaysia, tapi dah merebak dekat seluruh Asia, tapi ramai yang berpendapat Malaysia ni dah macam hub bubble tea, macam-macam brand ada dekat sini, itu sebab Blimey pun sanggup turun dari Korea untuk rasa bubble tea dekat sini.
Korang boleh tengok dalam video tu, Blimey order bubble tea dari macam-macam brand termasuk The Alley, Tea Amo, Xing Fu Tang, One Zo, Chan Wan Jia Tea Bubble, The Black Whale dan beberapa brand lagi.
Review mereka ni bukan berbayar tau, ia berdasarkan kepada pengalaman mereka merasai semua jenis bubble tea ni dan yang hebatnya The Black Whale dapat markah tertinggi (8.8/10).
The Black Whale merupakan bubble tea tersedap di Malaysia sekarang dengan asas black tea dan rasa susunya yang kaya membuatkan sesiapa yang minum mesti tak boleh lupakan keenakannya.
Kalau korang nak rasa bubble tea yang lain dari lain, The Black Whale wajib masuk dalam senarai. Korang ada bubble tea kegemaran? Kongsilah dekat komen mana tau kita boleh tukar-tukar selera kan? Susunya berbeza dan rasa kaya, rasa susunya terasa, rasa teh susunya berbeza.
Sumber: Oh! Media