(Video) 'Hello bang, saya nak order McChicken' - RapidKL beri amaran jangan salahguna interkom atau berdepan denda RM10,000


Susulan viral video seorang penumpang tren memesan hidangan McChicken melalui interkom, RapidKL memberi peringatan tegas kepada para pengguna bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan yang serius. 

Tweet yang dimuat naik @MyRapidKL semalam, "Peringatan, menyalahgunakan peralatan interkom dalam tren adalah kesalahan serius.

"Anda boleh didenda sehingga RM10,000. Jangan sama sekali salah guna peralatan ini."

Netizen menyambut baik peringatan tersebut tetapi mengatakan individu dalam video tersebut hanya bergurau dan tidak menekan butang interkom tersebut. 


Meskipun begitu, pihak RapidKL memberi peringatan tersebut kerana bimbang ada yang akan terpengaruh dan melakukan perbuatan yang sama di kemudian hari. 


Para pengguna pengangkutan awam dinasihatkan tidak melakukan sebarang perbuatan salahlaku yang boleh mengajak atau mempengaruh orang lain untuk melakukan perbuatan tersebut. Bersama-samalah kita menjaga pengangkutan awam untuk kesenangan bersama. 

Sumber: MyRapidKL


Sumber : thereporter.my