Bulan Oktober dan November merupakan bulan dimana kebiasaannya universiti tempatan akan mengadakan majlis konvokesyen bagi pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran. Majlis konvokesyen merupakan majlis rasmi dan berprotokol dimana, majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh tenaga-tenaga pengajar, ahli akademik dan pihak pengurusan tertinggi universiti, bahkan raja atau sultan yang dilantik menjadi canselor bagi universiti berkenaan.
Walaubagaimanapun, tular dilaman sosial semalam tindakan seorang graduan Universiti Malaya bernama Wong Yan Ke yang membuat kecoh apabila dia bertindak menjerit diatas pentas selepas menerima skrol sambil melaungkan "Undur VC, ini tanah Malaysia!". Video berdurasi 14 saat yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter jelas menunjukkan kebiadapan graduan berkenaan yang tidak menghormati majlis rasmi.
Bro, you got not common sense is it? Majlis rasmi, dihadiri tetamu kehormat dan ibu bapa. Tahu darah amarah, tapi kau pilih pentas yang salah bro. Melaungkan kata protes atas pentas, menjerit sambil angkat placard. Mana kesopanan dan kesusilaan kau? pic.twitter.com/0FoXXGCTLi— Hazwan Syafiq (@hzwnsyfq) October 14, 2019
Menurut perkongsian dari Hazwan Syafiq, perkara berkenaan sudah dirancang oleh pelajar berkenaan dan dikongsikan dalam laman Facebook graduan tersebut.
Ramai yang tanya siapa budak ni. Nah saya kongsi posting fb yang beliau muat naik sehari sebelum hari konvo beliau pic.twitter.com/80TrAqXhk7— Hazwan Syafiq (@hzwnsyfq) October 14, 2019
Turut berkongsi ialah petisyen untuk menarik balik sijil ijazah yang diterima oleh graduan berkenaan dilaman Twitter milik Hazwan Syafiq.
Petisyen ini dilancarkan bagi menuntut tindakan dari Universiti Malaya untuk menarik balik Sijil Ijazah Sarjana Muda milik Wong Yan Ke atas tindakan biadap semasa Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya— Hazwan Syafiq (@hzwnsyfq) October 14, 2019
Jom semua! https://t.co/b8x6do9CuP
Sumber: Akaun Twitter @hzwnsyfq
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube!
Sumber: Oh! Media