"Setiap Kali Wawa Hamil Memang Saya Macam Ni" - Aeril Zafrel


Korang perasan tak baby bump Wawa Zainal yang berusia 7 bulan tak besar sangat macam orang lain? Haa kalau korang nak tahu sebenarnya Aeril Zafrel pun risau sebab baby diorang dalam kandungan Wawa ada masalah kekurangan berat badan.


Walau bagaimanapun, hal itu terjadi disebabkan kuantiti dan jumlah makanan yang Wawa ambil. So, doktor minta Wawa untuk mengambil makanan yang ada protein yang tinggi. Apapun, get well soon Wawa! Semoga urusan semasa bersalin nanti dipermudahkan. Amin!

Tidak dinafikan kali ini Wawa sedikit sibuk dengan kerja. Jadi makan itu agak kurang dan tak banyak. Jadi ia menyebabkan berat badan bayi pun sedikit terkesan berbanding kehamilan sebelum ini. Doktor meminta Wawa makan makanan yang ada protein tinggi seperti tauhu. Saya ada muntah-muntah tapi dua bulan terawal saja. Namun ia bukanlah perkara baru kerana boleh dikatakan setiap kali Wawa hamil memang saya macam ni.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media