Di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), ahli keluarga termasuk tiga beradik mangsa meraung dan menangis selepas melihat jenazah adik mereka.
Mohammad Syafiq Ahmad Hafiz, 10, dilihat merapatkan dirinya ke dinding dan menangis sebelum ditenangkan oleh ahli keluarga. Manakala dua lagi adiknya menutup muka mereka.
Bapa mangsa, Lans Koperal Ahmad Hafiz Mustafa, 32, berkata, ketika kejadian dia bersama dengan isterinya di dalam rumah, manakala tiga anaknya itu bermain di kawasan hadapan kuarters.
Namun dia terkejut apabila mendengar jeritan anak ketiga, Muhamad Asyraf, 6, menyebabkan dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan menyedari anak bongsunya tiada kelihatan bersama dua abangnya itu, lalu mula mencarinya.
"Saya kemudian melihat ke dalam lubang kumbahan yang mana lubang penutupnya sudah terbuka dan melihat selipar anak saya terapung di dalam air kumbahan berkenaan," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Sofiah Mohd Teridi, 32, berkata dia amat terasa dengan kehilangan anak manjanya itu yang selama ini tidak boleh berenggang dengannya.
"Walaupun perit dan sedih dengan kemalangan yang berlaku terhadap anak saya ini, namun saya reda kerana Allah lebih menyayanginya," katanya.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : thereporter.my