Siapa pernah masuk pertandingan Vans Custom Culture? Bagi korang yang meminati Vans dan ikuti perkembangan Vans, pasti tak sabar menantikan hari pertandingan ini di mana korang dapat menonjolkan bakat kreatif korang dalam mereka design sebuah kasut Vans.
Tapi sekarang, di Twitter telah viral satu rekaan hasil seorang anak muda bernama Afiq Afify Anuar yang menampilkan rekaan kasut Vans bertemakan hidangan popular di Malaysia iaitu Nasi Lemak.
Hi, this is my my proposal for vans custom culture with Nasi Lemak theme. Wish me luck, tulisnya di Twitter.
Hasil dari pemerhatian Ohmedia, posting terbabit telah mendapat hampir 16,000 like dan lebih 13,000 pengguna twitter telah memberikan komen dan kebanyakan dari mereka memuji rekaan terbabit dan ada juga yang memberi cadangan agar ditambah juga ikan bilis dan air teh tarik sebagai pelengkap.
Hi, this is my my proposal for vans custom culture with Nasi Lemak theme. Wish me luck.— afiqafifyanuar (@afqaffy) September 30, 2019
exif: ipad pro pic.twitter.com/APS0W49rDv
Salain itu, Afiq turut berkongsi video menunjukkan cara dia menghasilkan rekaan tersebut.
Hi, this is my my proposal for vans custom culture with Nasi Lemak theme. Wish me luck.— afiqafifyanuar (@afqaffy) September 30, 2019
exif: ipad pro pic.twitter.com/APS0W49rDv
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! You Tube
Sumber: Oh! Media