P Ramasamy Disaman Dr Zakir Naik Kerana Memfitnah


Akhirnya, langkah ini diambil oleh Dr Zakir Naik selepas apa yang dilakukan oleh puak pembencinya. Terbaru, penceramah bebas, Zakir naik telah mengemukakan saman ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy selepas memfitnah di dalam satu video yang dimuat naik di laman sosial.

Kenyataan mengaibkan diri Dr Zakir Naik itu dilakukan diantara tahun 2016 dan 2019. Pertama berlaku pada 10 April 2016 apabila Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik dengan gelaran tidak sopan dan didedahkan kepada umum di laman Facebook Ramasamy.

Kemudian, pada 1 Oktober 2017 pula, Ramasamy telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah yang telahpun dijadikan artikel dan dimuat naik di portal Free Malaysia Today. Pada 11 Ogos lalu, plaintif berkata, defendan memanipulasikan jawapannya ketika berucap pada ceramah dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, juga disiarkan di laman sosial FMT.

Kenyataan fitnah keempat pula disiarkan media antarabangsa, India Today, melalui kenyataan Ramasamy pada 20 Ogos lalu.

Dr Zakir menegaskan bahawa semua kenyataan itu membawa maksud seolah-olah beliau berperwatakan jahat dan mengancam keamanan serta keharmonian negara. Jadi Dr Zakir Naik berpendapat dia harus bertindak dan tidak boleh membiarkan sesiapa untuk melakukan kenyataan yang tidak berasas dan berniat jahat.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media