Selepas apa yang terjadi di Chrischurch Australia, kini ia berlaku pula di Burkina Faso apabila sebuah masjid telah diserang sekumpulan pasukan bersenjata dan telah membunuh seramai 16 orang dan dua lagi mangsa cedera parah.
Memetik daripada Berita Harian, ia mengatakan sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba-tiba menceroboh Masjid Besar di Salmossi pada waktu petang dan menyebabkan 13 jemaah masjid meninggal dunia serta merta dan tiga lagi mangsa meninggal dunia selepas itu.
Saksi yang merupakan penduduk di sekitar masjid itu turut mengesahkan perkara itu dan mengatakan penduduk keluar melarikan diri dari rumah semasa tembakan berlaku.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! You Tube
Sumber: Oh! Media