Ewah-ewah! Sekarang ni sedang kecoh pula kes tentang aktiviti kumpulan pengganas yang digelar sebagai Harimau Pembebasan Tamil Eelam atau atau LTTE. Apa yang menjadikan isu ini bertambah kecoh adalah apabila terdapat juga beberapa ahli poitik dikaitkan dengan kumpulan ini.
Pihak PDRM juga dikatakan akan memastikan untuk memanggil dan menyiasat mana-mana pemimpin atau ahli politik yang terlibat sekiranya terdapat sebarang bukti.
Sebelum ini, Lim Guan Eng dengan yakinnya mendakwa tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan dan disoal dan perkara ini dinafikan sama sekali oleh pihak polis.
Saya pasti bukan daripada saya (kenyataan akan hentikan siasatan pemimpin DAP). Saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan kita akan hentikan siasatan... mungkin ada pihak lain, saya tidak pasti, tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan. Adakah ini oleh kerana melibatkan parti DAP dan perlu menghentikan siasatan.. kita akan meneruskan siasatan, kalau ada cukup asas bukti, kita akan melakukan tangkapan susulan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.
Untuk korang yang mungkin tidak tahu, kumpulan pengganas LTTE ini wujud di 30 buah negara seluruh dunia termasuk di Kanada, India, Amerika, Eropah dan juga Malaysia.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! You Tube
Sumber: Oh! Media