Janji dicapati, rakyat ikat & heret Datuk Bandar guna trak


Gagal menunaikan janji yang ditabur ketika pemilihan, Datuk Bandar Mexico telah diikat dan diheret dengan trak sepanjang jalan oleh penduduk kampung yang berang dengannya tidak menunaikan janji untuk membaikpulih jalan raya di tempat mereka.

Jorge Luis Escandon Hernandez, Datuk Bandar Las Margaritas di Chiapas ditangkap oleh penduduk yang bersenjatakan kayu ketika berada di pejabatnya, Selasa lalu kerana mahu menuntut janji dari Jorge. 

Jorge dibawa keluar dari pejabat dan terus diikat di belakang trak. 

Klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) durasi 17 saat yang menampakkan tangan mangsa diikat dan diheret turut tersebar di media sosial. 

Mangsa diheret di sekitar bandar itu sehingga 40 anggota polis terpaksa menahan serangan itu. 

20 orang awam mengalami kecederaan dan 30 supek yang terlibat dalam kejadian itu telah ditahan. 


Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek di atas serangan dan cubaan membunuhnya. 

Dua bulan sebelum itu, sekumpulan lelaki pernah membuang sampah di hadapan pejabat mangsa dan cermin tingkap turut dipecahkan. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my