SOALAN:
Apakah hukumnya seorang imam yang solat bersama para jemaah tanpa memakai kopiah?
JAWAPAN:
Memakai penutup kepala bagi lelaki di dalam solat tidak wajib samada dia imam atau makmum atau yang solat seorang diri.
Hukum memakai penutup kepala seperti serban atau kopiah hanyalah sunat sahaja bukannya wajib atau syarat sah solat. Cuma seorang imam itu afdhal dia memakai penutup kepala seperti serban atau kopiah ketika solat.
Berkata Imam Nawawi:
وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ فِي أَحْسَنِ مَا يَجِدُهُ مِنْ ثِيَابِهِ، وَيَتَعَمَّم
“Dan disunatkan bahawa seorang lelaki itu solat dengan memakai pakaian yang terbaik yang dia ada dan memakai serban.” (Kitab Raudhath At-Thalibin)
Berkata Imam A-Buhuti:
وَيُسَنُّ لِرَجُلٍ وَالْإِمَامُ أَبْلَغُ) أَيْ: آكَدُ؛ لِأَنَّهُ يُقْتَدَى بِهِ، وَبَيْنَ يَدَي الْمَأْمُومِينَ، وَتَتَعَلَّقُ صَلَاتُهُمْ بِصَلَاتِهِ (أَنْ يُصَلِّيَ فِي ثَوْبَيْنِ) ذَكَرَهُ بَعْضُهُمْ إجْمَاعًا، قَالَ ابْنُ تَمِيمٍ وَغَيْرُهُ: (مَعَ سَتْرِ رَأْسِهِ) بِعِمَامَةٍ وَمَا فِي مَعْنَاهُ؛ لِأَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ كَانَ كَذَلِكَ يُصَلِّي، قَالَهُ الْمَجْدُ فِي "شَرْحِهِ
“Dan disunatkan bagi lelaki dan lebih adfhal lagi kalau imam kerana dia ikutan orang di kalangan para jemaah yang bersolat mengikutnya bahawa dia memakai akan dua pakaian serta menutup akan kepalanya dengan serban atau yang sepertinya dari kerana sesungguhnya Rasulullah saw adalah baginda seperti demikian itu. Telah menyebutnya oleh Al-Mjadi pada syarahnya.” (Kitab Kasyful Qina’)
Berkata Mufti mesir dalam himpunan Majlis Fatwa Negeri Mesir:
يستحب ستر الرأس في الصلاة للرجل بعمامة وما في معناها، واستحباب ذلك آكد بالنسبة للإمام
فتغطية الرأس في الصلاة بالنسبة للرجل ليست من أركان الصلاة، وتصح الصلاة من غير ستر الرأس، ولكن سترها من المستحبات التي يثاب فاعلها، ولا يعاقب تاركها
“Disunatkan menutup kepala dalam solat bagi lelaki dengan serban atau yang sepertinya dan lebih dituntut sunatnya itu atas yang menjadi imam. Maka menutup kepala di dalam solat itu bukan daripada rukun-rukun solat. Dan sah solat tanpa menutup kepala akan tetapi menutup kepala itu setengah dari keelokkan yang berpahala pemakainya dan tidak berdosa jika tidak memakainya.” (الرقم المسلسل : 2826)
Wallahua’lam.
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media