Hanee Minta Semua Henti Buli


Alolo, semangat betul dia sampai buat kempen jangan buli. Sering dibuli dan diserang netizen setiap kali bersuara dan tampil kehadapan, itulah pelakon wanita baharu, Haneesya Hanee yang telah melancarkan satu kempen Say No To Bully & Say No To Cyberbully.

Kempen ini digerakkan bersama ibunya, Nor Sakuraneeda dan Haneesya yang baru sahaja berumur 19 tahun itu ingin memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhenti mempersendakan kekurangan dan kelemahan insan lain.

Semakin hari, saya lihat isu itu semakin serius dan saya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa apabila terus dibuli, termasuk mempersenda fizikal. Apabila saya berani bersuara, ramai yang mula berkongsi pengalaman masing-masing. Saya terfikir, mengapa tidak saya manfaatkan pengaruh dan platform yang ada untuk sesuatu yang berfaedah. Saya lakukan ini bukan semata-mata untuk diri, sebaliknya ia adalah tanggungjawab sosial saya sebagai selebriti. Ia secara tidak langsung membuka mata umum terhadap peranan selebriti kerana kami juga mampu menyumbang sesuatu untuk kesejahteraan masyarakat, jelas Hanee.

Tapi bagi Ohmedia, jika kita tidak memulakan atau melakukan sesuatu yang tidak baik, orang tidak akan bersuara. Jadi Ohmedia harap, Haneesya belajarlah dari kesilapan dan cuba memperbaiki kelemahan diri. Memang semua orang ada melakukan kesalahan, apa yang membezakan adalah, samaada kita berusaha untuk berubah atau tidak.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media