Dianggap Selalu Bermewah Kerana Kerja Di Hotel Mewah, Ini Realti Sebemar!


Baru-baru ini tersebar satu perkongsian dari pengguna Facebook Halim Bin Jantan, Malaysia Chef Connection (MCC) di mana dia mendedahkan gambar di sebalik tabir seorang tukang masak atau pelayan di sesebuah restoran mahupun hotel mewah.Terutama bagi mereka yang bekerja di hotel mewah di mana kebanyakan orang menjangkakan ia adalah satu kerja yang mudah dan menjalani kehidupan yang serba mewah.

Orang juga beranggapan bahawa gaji seorang pekerja di hotel mewah juga amat lumayan tetapi tugasan yang diberikan juga amat berat, lagi-lagi bila korang perlu menyediakan makanan kepada orang lain.

Perkongsian Halim Jantan

Lihatlah bagaimana pekerja berkorban segalanya. Walaupun bekerja di hotel berbintang-bintang tapi mereka tak makan di meja marble, tak duduk di kerusi empuk, mereka telah dididik untuk memberi keselesaan kepada orang lain walaupun diri mereka naif sendirian.


Apakah bos-bos semua tidak nampak hal ini? Dalam kepayahan mencari rezeki yang halal, tidak ada orang nak ambil tahu susah senang mereka. Yang boss tahu memaki hamun pekerja kalau guest komplen.

Tahukah kalian dalam 100 orang manusia punya 100 citarasa berbeza? Apakah kalian fikir 100 hidangan mesti mendapat 100 pujian? Zero komplen? Come on lah. Managelah dengan humaniti bukan dengan authoriti.


Sumber: Halim Jantan

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Sumber: Oh! Media