Tipulah kalau zaman korang hingusan dulu tak layan doraemon terutama budak-budak zaman 90an. Yang mana layan tu mesti tahu siapa Doraemon ni kan? Teknologi yang dibawa oleh watak animasi Jepun berkenaan jauh melangkau kemampuan akal untuk berfikir. Namun korang tahu tak, hal berkenaan tidak mustahil untuk dilakukan.
Sumber gambar dari Washington Post
Dipetik dari Metro Online, saintis percaya tidak mustahil suatu hari nanti daging dicipta didalam makmal dan dijual dipasaraya suatu hari nanti berikutan kejayaan ujian penghasilan tisu lembu arnab dan ikan mengunakan pencetak 3D September lalu.
“Teknologi terbaru ini mungkin menjadikan perjalanan jarak jauh boleh dilakukan dan memperbaharui pengembaraan angkasa lepas sebagai contoh ke Marikh,” kata ketua syarikat Aleph Farms, Didier Toubia.
Sebelum ini terdapat kejayaan mencipta burger pertama menggunakan stem sel lembu yang dicipta oleh seorang saintis dari Belanda, dari Universiti Maastricht pada tahun 2013.