Wah bestnya korang yang dah dapat tukar Instagram kepada Dark Mode tu. Semalam ramai betul kongsi pandangan baharu bila Instagram dalam mod gelap. Sebenarnya mod gelap ni dah dipakai banyak aplikasi seperti Twitter dan fungsi ni juga telah diguna pakai oleh Google dan Apple.
Tapi sayangnya, Instagram dark mode ni hanya terhad untuk pengguna iOS yang menggunakan iOS 13 sahaja. Yang pakai android tu bawa bersabar ya.
Pelik bebenor pulak rasanya bila Instagram dah support Dark Mode ni. Makan masa nak biasakan 😅 pic.twitter.com/WJYA3rkJ6B— OHMEDIA (@ohtweet) October 8, 2019
Aha, siapa lagi yang guna iPhone dan tak pandai tukar kepada mod gelap tu, meh sini Ohmedia ajar.
1. Pastikan anda menggunakan iOS13 pada iPhone anda.
2. Buka pada ‘Setting’, klik ‘Display dan Brightness’, klik pada ‘Dark’.
3. Buka aplikasi Instagram, update pada versi terbaru.
4. Secara automatik, Instagram anda kini dalam paparan ‘Dark Mode’.
Selamat mencuba.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! You Tube
Sumber: Oh! Media