Anggap Macam Ibu Sendiri, Pelajar Ini Kumpul Duit Dan Beri Hadiah Kepada Makcik Cleaner


Bila tiba Hari Guru, pelajar-pelajar pasti akan berebut dan takkan lepaskan peluang untuk beri hadiah kepada guru yang mereka suka. Sama juga macam Ohmedia dulu-dulu dan paling tidak bagi sepucuk kad ucapan kepada mereka yang mengajar mereka. Sekaramg bukanlah Hari Guru, tetapi Ohmedia terharu apabila ada seorang pelajar telah dikatakan mengumpul duit dari rakan-rakan twitter untuk belikan makcik cleaner jam tangan yang baru. Ha, itu yang buatkan Ohmedia terharu sebab kadang-kadang kita terlupa yang mereka yang sentiasa menjaga kebersihan tempat kita belajar juga telah membantu kita untuk belajar.

Kisah ini dikongsikan seorang mahasiswa sebenarnya yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS dan dikenali sebagai Mahathir. Mahathir dan kawan-kawan telah menganggap makcik ini umpama ibu mereka kerana selalu tegur dan greet student setiap kali terserempak.

Jam masuk air 

Melalui perkongsian Mahathir, difahamkan makcik itu teringin memiliki jam baharu selepas jam yang dibelinya telah rosak selepas masuk air dan tehentak ketika mencuci tandas kolej. Disebabkan itu, Mahathir telah membuat satu posting di Twitternya dan apa yang membuatkan Ohmedia lagi terharu adalah, semua pengguna Twitter memberikan kerjasama yang amat baik sehingga berjaya mengumpul lebih RM700.


Walaupun ada juga yang mengecam tindakan mahasiswa ini, itu tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan rata-rata pengguna Twitter tetap menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Hasilnya?

Jam Kalis Air


Wanita itu terharu dengan tindakan tersebut dan memesan agar Mahathir dapat menyampaikan salamnya kepada mereka yang sudi menderma jam tangan tersebut.


Hasil Kutipan Berlebih.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube



Sumber: Oh! Media