Gangguan air tersebut disebabkan oleh kerosakan sistem elekrtikal Loji Rawatan Air Sungai Langat yang menyebabkan kuantiti air yang keluar tu berkurang. Didapati masih ada lagi premis-premis yang masih mengalami gangguan air kerana berada di lokasi yang tinggi dan di penghujung sistem agihan yang akan menyebabkan tekanan air akan menjadi rendah, menurut kenyataan Air Selangor pagi tadi.
Oh Media berharap gangguan bekalan air di Hulu Langat ni akan kembali pulih seperti sediakala. Pihak Air Selangor turut meminta maaf dengan apa yang telah terjadi. Sekiranya orang awam ingin membuat aduan tentang bekalan air boleh menghubungi di talian 15300 atau whatsapp ke nombor 019-2800919 dan 019-2816793.
Sumber : Bernama
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube!
Sumber: Oh! Media