UAE Menang Tipis Kerana Keadaan Padang Menyedihkan?


Keadaan padang yang menyedihkan dijadikan alasan UAE yang menang tipis 1-2 ditangan pasukan Harimau Malaya malam tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Ketua Jurulatih UAE, Bert van Marwijk bagaimanapun memuji terlebih dahulu keadaan stadium yang sangat moden dan paling cantik yang pernah beliau kunjungi.

Namun, jurulatih berusia 67 tahun itu mula menyebut mengenai keadaan padang yang tidak setaraf dengan kecantikan stadium.

Mulanya, saya mahu mengucapkan tahniah atas stadium yang cantik, antara stadium yang paling cantik yang pernah saya jumpa di seluruh dunia. Namun sayang, kerana kamu ada padang seperti ini, anda tidak boleh bermain bola sepak dengan pantas, juga untuk Malaysia. Sayang sekali, tetapi ini sebuah stadium yang cantik, katanya.

Tapi sebenarnya, ada betulnya juga sebab penjagaan dan peruntukan sesebuah padang bola sepak tidak boleh diberikan sekali sahaja (one-off) dan ia perlulah dijaga setiap masa.

Kritikan mengenai padang ini juga sebenarnya datang dari Tan Chen Hoe dan beberapa pemain kebangsaan semasa perlawanan ‘playoff’ pertama menentang Timor Leste pada Jun.

Tapi, korang jangan risau yang baru jer sebulan selepas Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Tan Sri Tony Fernandes berjanji, untuk memperbaiki keadaan padang sedia ada, dan menjadikannya kepada yang terbaik di Asia, dalam tempoh satu tahun.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media