Pemerintah Indonesia nampaknya telah membuat satu keputusan yang agak mengejutkan apabila mereka menolak bantuan Malaysia untuk bantu memadamkan kebakaran hutan di negara mereka.
Mungkin Indonesia ego dan ingin menunjukkan mereka masih boleh bertahan dan menguruskannya sendiri. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menunjukkan rasa pelik dan hanya meminta wartawan untuk bertanya sendiri kenapa mereka menolak.
Saya tak tahu kenapa, dan bukan saya untuk bertanya (kepada Indonesia), awak (wartawan) perlu tanya (Presiden Indonesia, Joko Widodo) kenapa tak mahu terima bantuan kita. Kita ada pesawat pengebom air yang boleh digunakan (untuk operasi di Indonesia), katanya.
Sekarang, Malaysia yang turut terkesan dengan kebakaran itu dan kini bersesia untuk menggunakan dron untuk pembenihan awan.
Sumber: Oh! Media