Sumber: Berita Harian |
Nampaknya jerebu di Malaysia semakin teruk dan tidak terkawal. Kini pihak kerajaan sedang giat jalankan pembenihan awan di kawasan yang mencatatkan IPU tertinggi. Jerebu ini juga nampaknya telah menjejaskan aktiviti nelayan di Sandakan dan dilaporkan ia melibatkan sebanyak 79 peratus nelayan tidak dapat turun ke laut.
Maklumat ini diberikan oleh, Pengerusi Persatuan Nelayang Kawasan Sandakan, Shaiful Bahari Muin yang melibatkan sebanyak 1,000 nelayan di kawsan Sandakan dan Kinabatangan.
Jarak penglihatan yang terhad menyukarkan mereka melakukan sebarang aktiviti. Bacaan IPU bagi daerah ini setakat jam 12 tengah hari tadi berada pada tahap 103.
Selain Sandakan, Tawau turut terjejas susulan jerebu dengan bacaan IPU mencatatkan tahap 108 setakat jam 12 tengah hari tadi. Kualiti udara di kawasan lain di Sabah adalah pada tahap sederhana dengan bacaan IPU di Kota Kinabalu adalah 76, Keningau (83), Kimanis (85) dan Labuan (92).
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Makan
Sumber: Oh! Media