RON97 Naik Lagi Nampaknya, TetapI Naik Sikit Sahaja


Setiap minggu, sampai jer hari Jumaat mesti juga yang ternanti-nanti update terkini harga minyak kan? Haa, jadi untuk minggu ni naik atau turun? Kalau minggu lepas RON97 naik sedikit, minggu ni nampaknya RON97 naik lagi.

Bermula pada jam 12 malam ini, RON97 akan naik 14 sen kepada RM2.67 sen seliter dan kita semua bernasib baik lagi sebab minyak yang Ohmedia mampu guna RON95 masih kekal iaitu pada RM2.08 seliter. Sama juga macam diesel, kekal pada RM2.18 sen.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya masing-masing adalah RM2.37 seliter dan RM2.32 seliter. Ini menunjukkan kenaikan berbanding minggu lalu, yang mana harga runcit bagi petrol RON95 berada pada paras RM2.23 seliter dan diesel RM2.29 seliter. Kenaikan harga minyak dunia dipercayai berikutan kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 September lalu yang menjejaskan pengeluaran dan pengeksportan minyak negara itu, katanya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media