Pelawat Lakukan Sesuatu Yang Tak Terduga Keatas Makam Mantan Presiden Indonesia!
Gambar sumber dari Google
Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita pemergian mantan Presiden Indonesia ke-tiga, iaitu Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie. pastinya berita pemergian Allahyarham amat mendukacitakan sekali bagi rakyat Indonesia. Bagi memberi penghormatan terakhir, rakyat Indonesia berpusu-pusu datang ke makam Allahyarham di Taman Pemakaman Pahlawan Nasional, Kalibata, Jakarta Selatan untuk berikan kiriman doa.
Sumber gambar dari Awani
Namun sesuatu yang tak terduga berlaku, mereka bukan sahaja berdoa, malahan 'berselfie' di makam Allahyarham, memegang batu nisan sambil menangis. Pandangan Ohmedia, perbuatan berkenaan tidak wajar dilakukan kerana tidak sesuai dengan situasi dan tempat. Perbuatan berkenaan telah mencetuskan rasa kurang senang pelbagai pihak.
Dipetik dari Awani, penyanyi terkenal, Anggun Cipta Sasmi (Anggun C. Sasmi) yang mengungkapkan rasa sedihnya melihat keghairahan masyarakat merakam foto 'selfie' di pusara tokoh nasionalis itu, katanya lagi masyarakat harus sedar etika yang perlu ada dalam adab kehidupan. Menyedari hal berkenaan, Menteri Sosial Indonesia telah mengerahkan pengawal keselamatan untuk mengawal makam berkenaan supaya perbuatan 'selfie' berkenaan dapat dibendung.