Gambar sumber dari Google |
Menurut info yang dipetik dari Metro Online, Dua spesis baru gecko yang ditemui di pulau Lautan India pada 2017 hanya didedahkan pada Ogos lalu dan diberi nama pahlawan setia seorang raja pada abad satu. Manakala empat spesis lain diberi nama bersempena nama pemberontak pemerintahan British pada abad ke-19.
Perkara berkenaan telah menyebabkan kemarahan seorang ahli parlimen Sri Lanka, iaitu Wimal Weerawansa yang kemudian bertindak membawa perkara berkenaan ke Parlimen. Selain ahli parlimen berkenaan, seorang sami turut membuat aduan polis berkenaan hal ini kerana tidak berpuas hati. Namun siasatan tidak dapat dijalankan kerana ia bukan berkaitan jenayah.
"Pahlawan negara ini bukan gecko. Ekor gecko terputus apabila disentuh dan pahlawan kita bukan seperti itu,” kata Wimal Weerawansa.
Sumber: Metro Online
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Filem
Sumber: Oh! Media