Para Pendidik dan Pengusaha Taska Swasta Dihargai


KUALA TERENGGANU, 23 September – Pengorbanan para pendidik dan pengusaha pusat–pusat taska swasta di negeri Terengganu amat dihargai oleh kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, YB Zuraida Md Noor berkata, mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai yang mahu memulakan pekerjaan di sektor tersebut.

“Saya sangat teruja dan menghargai yang berusia (lingkungan ) bawah 40 tahun sanggup berkorban masa memulakan kerja seawal 6.30 pagi sehingga 6.30 petang," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hari Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu yang
 diadakan di Anggullia Beach Resort, Marang pada hari Jumaat, 20 September.


Oleh itu, katanya, program tersebut yang disertai seramai 132 peserta terdiri daripada pendidik dan pengusaha Taska yang mewakili lapan daerah di Negeri Terengganu telah dianjurkan oleh Persatuan Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu (PPTNT).

Menurut beliau, objektif program tersebut adalah untuk membuka minda pengusaha dan pendidik
bahawa pentingnya mencari ilmu baru bagi mendidik dan menjaga anak-anak seawal umur dua bulan sehingga empat tahun.

Terdapat juga, beberapa pengisian seperti motivasi, jati diri, kerja berpasukan dan sahsiah diri di terapkan di dalam program tersebut.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi PPTNT Puan Laila Akma binti Abd Malek, menegaskan bahawa, program tersebut merupakan kali pertama diadakan bagi mengumpul para pendidik dan pengusaha di negeri Terengganu

"Ini menunjukkan bahawa keterbukaan minda para pendidik dan pengusaha taska terhadap persatuan PPTNT amat positif," tambah beliau.



Sumber: teganukita.net