Pandikar & Salleh Keruak sokong Anwar sebagai PM


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Pandikar Amin Mulia dan Salleh Said Keruak di bawah Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) di Kota Belud. 

Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis itu, Pandikar memohon maaf kepada Anwar berhubung beberapa kenyataan yang dibuatnya semasa PRK Sandakan pada Mei lalu kerana tidak menunaikan janjinya untuk mengurangkan harga minyak. 

"Sebenarnya saya perlu minta maaf. Semasa di PRK Sandakan, saya memomok dia, dia kata 'hari ini kita perintah, harga minyak akan turun'. 

"Tetapi ketika berjumpa dengan Anwar dan lihat laporan itu, saya sedar saya begitu bodoh. Apa yang dia katakan sebenarnya adalah 'hari ini saya ambil sumpah sebagai perdana menteri', bukan sebagai orang yang keluar dari penjara, bukan sebagai wakil rakyat," katanya yang dipercayai merujuk kepada ucapan Anwar pada kempen PRU08, 11 tahun lalu. 

Sementara itu, bekas menteri BN, Salleh Said Keruak pula menyokong Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri kerana bagi beliau Anwar berada di landasan yang betul untuk menyelamatkan Malaysia. 

"...kerana bagi kita paling bahaya adalah Malaysia (dilanda) politik pelampau kerana kita ada berbilang agama, budaya yang penting penyatuan Malaysia, bukan sahaja penyatuan satu-satu bangsa sahaja," katanya. 

Bagi Anwar pula, beliau menyambut positif sokongan dua bekas pemimpin UMNO itu. 

Sumber: MalaysiaKini


Sumber : thereporter.my