Padah viralkan video 'awek' kastam terlampau, bekas kekasih mangsa ditahan polis


Susulan viral klip video 'awek' kastam terlampau beberapa hari lalu, polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki menyebarkan video tersebut. 

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

Suspek berusia 22 tahun dipercayai adalah bekas teman lelaki kepada wanita terbabit, ditahan di rumahnya di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, pada jam 6.30 petang semalam. 

"Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun berdasarkan aduan daripada mangsa. Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan suspek terhadap penyebaran video berkenaan di media sosial," katanya. 

Dua telefon pintar milik suspek turut dirampas. 

Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my