Gambar sumber dari Awani |
Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan 11 lokasi di beberapa negeri menujukkan bacaan IPU yang tidak sihat. Menunjukkan masalah jerebu ini semakin serius berlaku melanda Malaysia, khususnya di Semenanjung.
Dipetik dari Berita Harian, dua lokasi di Kuala Lumpur mencatatkan paras IPU tidak sihat dengan Batu Muda di paras 138, Cheras (130) manakala Putrajaya mencatat IPU di paras 126.
Sementara itu di Selangor, Johan Setia mencatat paras IPU di tahap 158, Petaling Jaya (127), Shah Alam (121), Klang (117), dan IPU di Banting di paras 123.
Bacaan IPU juga semakin meningkat di dua lokasi di Negeri Sembilan iaitu Nilai dengan IPU di paras 130, manakala Seremban di paras 110.
Di Tangkak, Johor, IPU yang dicatatkan adalah di paras 109, dan IPU di Rompin, Pahang mencatat peningkatan mendadak pagi ini kepada 197 daripada 98 pada jam 9 malam tadi.
Berdasarkan laporan APIMS pagi ini juga, Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat di paras 202 manakala satu lokasi mencatat paras IPU tidak sihat iaitu Samarahan di paras 132.
Oleh yang demikian, Ohmedia nak ingatkan korang semua supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan minum air yang mencukupi dan memakai topeng mulut sekiranya mahu melakukan aktiviti luar sementara masalah jerebu ini belum reda.
Sumber: Berita Harian
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Filem
Sumber: Oh! Media