Membakar Al-Quran Buruk Atau Rosak


SOALAN:
Bolehkah memusnahkan al-Quran yang sudah buruk dengan cara membakarnya?

JAWAPAN:
Haram memusnahkan al-Quran tanpa sebarang uzur syarak. Jika ada uzur yang dibenarkan disisi syarak seperti sudah rosak atau yang tersalah cetak atau yang sangat buruk sekira-kira tidak boleh digunakan lagi dan dimusnahkan itu bertujuan memeliharanya dari disia-siakan maka hukumnya adalah dibolehkan menurut sebahagian ulama’. Dan ulama’ berkhilaf pada masalah ini dengan pelbagai pendapat.

Cara memusnahkannya ialah menghilangkan semua tulisan tiada tinggal sedikit pun seperti direndam di dalam air atau dibakar dan abunya ditanam ditempat yang tidak dipijak manusia.

Berkata Imam Suyuthi:

وله غسلها بالماء، وإن أحرقها بالنار فلا بأس. أحرق عثمان مصاحف كان فيها آيات وقراءات منسوخة ولم ينكر عليه
“Dan harus baginya merendamnya di dalam air. Dan jika dibakarnya dengan api maka tidak mengapa. Telah membakar oleh Uthman r.a akan mushaf-mushaf yang adalah padanya ayat-ayat dan qiraat yang sudah dimansukh dan tiada seorang ingkar atas perbuatannya.” (Kitab Al-Itqan)

Menurut setengah ulama’ membakarnya adalah lebih baik dari membasuhnya.

Dan Qadhi Husain menyatakan pendapat bahawa dilarang dari membakarnya manakala Imam Nawawi mengatakan makruh membakarnya.

Menurut setengah ulama’ mazhab Hanafi tidaklah dibakar akan al-Quran yang buruk itu tetapi hendaklah ditanam pada bumi yang tidak dipijak oleh manusia.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media