'Melaka kini dipenuhi babi hutan dari Indonesia' - Exco Melaka


Exco Pertanian Negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee mendedahkan Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia. 

Beliau menjelaskan, haiwan itu kini berupaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Melaka menyebabkan populasi haiwan itu meningkat di negeri itu. 

"Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah. Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia. 

"Pulau Besar dilihat menjadi destinasi pilihan utama babi-babi hutan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain," katanya. 

Dengan jumlah peningkatan itu, Norhizam bimbang populasi itu bertambah sekiranya tiada langkah pengawalan diambil. 

Justeru, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka kini sedang menjalankan program untuk menghapuskan sejumlah besar haiwan itu dengan membawa masuk tiga penembak tepat untuk menyelamatkan Pulau Besar. 

Sumber: The Star, MalaysiaKini


Sumber : thereporter.my