Masalah Jerebu Akhirnya Ragut Seorang Nyawa!

Gambar sumber dari Mediamaya.net
Nampaknya masalah jerebu yang telah membelenggu khususnya beberapa daerah di Indonesia dan Malaysia sudah sampai ke kemuncak apabila asap jerebu telah meragut nyawa seorang bayi berusia empat bulan. Jadi menurut info yang Ohmedia dapat, insiden berkenaan berlaku di Palembang.

Bayi yang bernama Elsa Fitaloka meninggal dunia kerana jangkitan yang berlaku pada saluran pernafasan sewaktu sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Menurut ibubapa bayi malang berkenaan, anaknya mula sesak nafas pada malam Ahad, dan masih dirawat di rumah. Namun setelah melihat keadaan anaknya yang semakin parah pada pagi Ahad, anaknya dirujuk ke rumah sakit Ar-Rasyid di Palembang dan dan dilaporkan meninggal dunia kerana jangkitan.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem


Sumber: Oh! Media