'Legend Has Fallen', Ini Nasib Kancil Misteri


Fuhh, hangat juga di media sosial sehari dua ni yang Ohmedia perasan bila gambar dan video menunjukkan seorang lelaki telah memandu sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau yang terlihat teramat uzur.

Apa yang menyebabkan pemandu dan kereta kancil seperti mahu roboh ni viral? Sebenarnya, mengikut kepada ramai netizen mengatakan kereta kancil misteri ini selalu dilihat di sekitar Jalan Kuching, Selayang, Templer dan Rawang Selangor. Tetapi ada sebuah video yang menunjukkan kancil misteri terbabit telah dilihat sehingga ke Prai, Pulau Pinang. Perghh! Bukan kaleng-kaleng ni.

Video terbabit telah ditangkap oleh seorang pengguna media sosial dan tersebar di Twitter dan Facebook.


Ini pula rakaman kancil berkenaan di Jalan Kuching.


Tapi hari ni, Ohmedia ternampak pulak satu lagi gambar yang agak menyedihkan juga apabila kereta kancil misteri berkenaan telah diangkat towing dan kelihatan tayar belakang kancil terbabit telah pecah.


Sebelum itu, kancil misteri terbabit telah ditahan dua orang anggota trafik dan Ohmedia pun tak pasti la macam pengakhiran nasib lelaki terbabit. Jadi kita doakan sahajalah agar urusan lelaki ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media