Memang Ohmedia pun terpaksa akui yang kebanyakan rumah yang dijual di negara kita sekarang tidak mampu sebenarnya untuk dibeli oleh rakyatnya sendiri, terutama bagi bangsa Melayu. Tetapi wajarkan sekiranya rumah-rumah ini dijual kepada orang asing? Bagaimanapun, cadangan penganjuran Kempen Pemilikan Rumah kepada pembeli warga asing ini nampaknya tetap dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi masalah ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melihat kempen itu dapat membantu memulihkan ekonomi negara dan ia mampu membuka peluang kepada pemaju untuk merancakkan lagi projek pembangunan perumahan mampu milik negara.
Konsep ekonomi negara apabila melihat keadaan seperti ini kita harus cuba menyelesaikan antaranya dengan mencairkannya demi memulihkan ekonomi serta industri perumahan. Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menjual rumah-rumah mewah yang tidak terjual secara lelongan seperti pisang goreng panas sebaliknya ada prosedur yang perlu diikuti. Sekiranya ia terbeku di situ sahaja akan menyebabkan 140 industri hiliran yang terbabit dengan pembangunan industri perumahan terjejas dan perlu diatasi segera, katanya.
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Ohmedia ada menaikkan artikel mengenai cadangan untuk menjual rumah mewah yang tidak terjual kepada rakyat Hong Kong yang dilihat berminat untuk membeli hartanah di negara kita akibat tekanan politik di bandar itu.
Jadi apa pendapat korang mengenai isu ini? Bagi Ohmedia, mungkin ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini seperti mengurangkan harga jualan rumah kepada mampu milik. Kita sebenarnya tidak boleh mengikut telunjuk pemaju. Jadi diharapkan pemimpin negara dapat mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Makan
Sumber: Oh! Media