Gambar sumber dari Google |
Ini menyebabkan menteri berkenaan mahu menulis surat kepada duta besar Malaysia di Indonesia. Beliau berkata, asap berkenaan berpunca dari kebakaran yang berlaku di Kalimantan, dan kemudian bergerak ke Malaysia (Sarawak) dalam tempoh satu jam, dan bergerak ke Semenanjung.
"Asap (jerebu) yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur, itu dari Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia dan juga mungkin sebahagian dari Kalimantan Barat. Oleh itu (Malaysia) seharusnya objektif menjelaskannya," kata Siti Nurbaya.
Duta besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata, Malaysia tidak mbuat surat protes kepada kepada Indonesia berkaitan masalah jerebu yang sedang melanda Malaysia, sebaliknya hanya ingin membantu Indonesia menangani masalah berkenaan. Ini melalui surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berhubung tawaran berkenaan baru-baru ini.
Ini disokong oleh Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi yang tidak pernah meneriman surat protes dari kerajaan Malaysia. Menurutnya lagi, beliau juga belum terima surat protes dari Siti Nurbaya Bakar meskipun Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia sudah keluarkan kenyataan berkaitan hal ini.
Sumber: Sinar Harian
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Filem
Sumber: Oh! Media