Jokowi Kerah Tentera Kerana Malaysia Dan Singapura!
Gambar sumber dari Malay Mail
Berhubung masalah jerebu yang sedang teruk melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura, Presiden Indonesia Jokowi Dodo telah mengerahkan 52 pesawat sebabgai usaha untuk memadam kebakaran hutan yang berlaku dinegaranya bagi mengurangkan masalah jerebu yang dialami oleh Malaysia dan Singapura. Turut ditambah adalah anggota tentera tambahan yang kini berjumlah 5,600 orang.
Gambar sumber dari CNN Indonesia
Jokowi berkata, pihaknya juga sudah menjalankan pelbagai inisiatif termasuklah menggunakan bom air dilokasi kebakaran hutan. Beliau yang turun padang semalam telah meninjau sendiri keadaan lokasi kebakaran serta melihat persiapan pesawat untuk tujuan pembenihan awan kali kedua.
Agensi lain turut membantu dengan menggunakan kaedah menyuntik bahan kimia yang dicampur dengan air, dikenali sebagai 'flame freeze' ke dalam tanah yang khususnya mempunyai jumlah gas metana yang tinggi, sebgaai contoh, tempat pembuangan sampah di Antang, Makassar.
Gambar sumber dari Metro Online
Sebelum itu, sekumpulan aktivis dari negara berkenaan mendakwa pemerintah ibarat melepaskan batuk ditangga kerana tidak menangani masalah ini dengan serius sehingga menyebabkan kerosakan yang besar kepada alam sekitar negara berkenaan.