Jangan Tengok Kalau Sakitkan Mata - Stacy Anam


Alamak, Stacy Anam dah terasa hati lah pula lepas ramai orang gelar dan label dia sebagai seorang 'wanita akhir zaman'. Kenapa label sampai macam tu? Aha, semalam Ohmedia ada juga up artikel pasal perkara ni yang terjadi gara-gara pakaian yang digayakannya semasa membuat persembahan kemuncak ABPBH Ke-32.

Tidak boleh buat salah atau tidak sengaja, silap sedikit habis dilabel sebagai ‘wanita akhir zaman’. Mungkin orang yang komen itu hebat kerana tidak pernah buat salah. Kasihanilah kami yang ada ketika terpaksa melalui hari tidak bernasib baik. Niat saya untuk mendapatkan semangat kembali bekerja dan saya buat sekadar yang termampu serta ikhlas. Apabila jadi begini, ditambah kejamnya mulut manusia yang suka menghukum, saya rasa sakit sangat, terutama apabila suami dan keluarga terheret sama, katanya.

Stacy juga akur dengan kesilapan dirinya dan meminta maaf sekiranya telah menarik orang untuk memfitnah dan berfikir macam-macam dan turut menghargai peminat yang dapat melihat usahanya semasa membuat persembahan.

Nak komen, janganlah melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga, tetapi inilah nasib kami yang bekerja dalam bidang ini. Memang ada risiko. Saya yakin menghibur orang dengan sehabis tenaga, tetapi lain pula jadinya. Saya nasihatkan, jangan tengok benda yang menyakitkan mata sebab memang tidak elok. Biarlah, (terpulang) niat awal masing-masing. Kami tahu ke mana dan hanya Allah yang tahu serta menentukannya.

Jadi jangan tengok lagi ok. Kalau tak mampu tengok pejam je mata. Sampai Akim Ahmad pun kena kutuk sekali. Jadi Stacy minta jangan libatkan suaminya kerana kesilapan tu datang dari dirinya. Harap selepas ni, sebelum buat apa-apa, ada orang yang datang cuba nasihat.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media