Perghh! Barulah bergaya. Bukan selalu dapat tengok Jack Ma buat macam ni. Buat macam mana tu? Aha kalau korang nak tahu, Jack Ma yang merupakan pemilik Alibaba sebelum ini telah mengumumkan persaraannya yang kini berumur 55 tahun dan Ohmedia tertarik melihat cara Jack Ma meraikan hari persaraannya.
Macam mana Jack Ma raikan? Jack Ma telah mengadakan satu majlis besar-besaran dan dihadiri lebih 80,000 pengunjung dan apa yang mengejutkan adalah, Jack Ma telah memilih untuk menggayakan dirinya sebagai seorang rockstar.
Cool kan? Jadi boleh dikatakan pengunduran yang dilakukan beliau ini antara yang paling epik dalam sejarah syarikat korporat dan belum pernah dibuat orang lagi.
Legasi Jack Ma bakal diteruskan oleh Daniel Zhang yang merupakan CEO kepada Alibaba sejak 2015. Bersempena pelan awal beliau, Daniel Zhang menyasarkan Alibaba untuk menjadi syarikat bernilai $1 trilion pada akhir 2020. Syarikat ini juga komited untuk menawarkan yang terbaik buat lebih 1 bilion pengguna Alibaba seluruh dunia.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Makan
Sumber: Oh! Media