Kejap je masa berlalu, dah dua tahun Izara Aishah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza dan memenuhi pelbagai komitmen dalam industri.
Nampaknya kali ni Izara nak berehat daripada dunia lakonan sampai next year untuk bersedia menjadi seorang ibu. Wah, sis tak sabar nak tengok anak diorang. Mesti comel sangat! Apapun, sis doakan Izara dan Adib cepat-cepat dapat cahaya mata okay.
Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil. Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata. Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Saya bagaimanapun tidak mahu memberikan diri tekanan, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Makan
Sumber: Oh! Media